Countdown

652days since
IT Meeting

Recent site activity

Infrastruktur

Kemudahan Awam

Tempat Ibadah


Kampung Sijangkang mempunyai sebuah masjid dan 14 buah surau. Antara nama surau-surau yang terdapat dikampung sijangkang adalah :-
  1. surau Haji Husain
  2. surau Al-Ikhlas
  3. surau Haji Salim
  4. surau Tasmin
  5. surau Ikhwan
  6. surau Haji Musin
  7. surau Haji Mohsin
  8. surau Al Manap
  9. surau Haji Saliman
  10. surau Haji Sarbini
  11. surau Nurul Hidayah
  12. surau Haji Mansor
  13. surau Haji Ismail

Pendidikan


Sekolah Kebangsaan
  1. Sekolah Rendah Kebangsaan Sijangkang yang terletak di Jalan Mawar Kg.Sijangkang. Jumlah murid yang bersekolah  ini sejumlah 2500 murid. Sekolah ini telah berusia 100 tahun.
  2. Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Tanjung yang terletak di jalan Tanjung Kg.Sijangkang..Jumlah murid  yang bersekolah ini sejumlah 1900 murid.Sekolah ini telah berusia 15 tahun.

Sekolah Rendah Agama
  1. Sekolah Rendah Agama Sijangkang  yang terletak di Jalan Besar Batu 1 Kg.Sijangkang. Sekolah ini mempunyai sejumlah murid sebanyak 1500 murid. Sekolah ini telah berusia 50 tahun.
  2. Sekolah Rendah Agama KAFA Integrasi Benteng Tengah  yang terletak di  Jalan Benteng Tengah. Jumlah murid sebanyak 800 murid.
  3. Sekolah Rendah Agama KAFA Integrasi Darul Salim yang terletak di Batu 7 Kg. Sijangkang. Jumlah murid sebanyak 500 murid.

Tadika Kemas dan Tadika Pasti.
  1. Tabika Kemas Jalan Tanjong
  2. Tabika Kemas Jalan Batu Tujuh
  3. Tabika Kemas Jalan Bahagia Prasekolah Pasti Nuruliman
  4. Prasekolah Pasti Nurulhidayah
  5. Pra Sekolah Pasti Annajwa
Sukan

Kampung Sijangkang mempunyai beberapa buah tempat sukan dengan fasilitis yang agak lengkap. Antara tempat sukan yang berada di kampung Sijangkang ialah fitness(gym), padang futsal, padang bola sepak, gelanggang badminton dan lain-lain lagi. Kesemua sukan-sukan berpusat di Pusat Kecemerlangan Sukan di Jalan Mawar

Perpustakaan Desa dan Pusat IT

Kampung Sijangkang mempunyai perpustakaan desa dan pusat IT yang dikendalikan oleh kerajaan negeri. Kemudahan perpustakaan telah menjadi sumber rujukan bagi anak-anak kg sijangkang khususnya para pelajar. Manakala kemudahan IT telah banyak membantu anak-anak kg sijangkang dalam bidang penguasaan IT. Lokasinya iaitu di Jalan Mawar berhadapan sekolah kebangsaan sijangkang.

Pusat Khidmat Masyarakat

JKK Kampung  Sijangkang  juga telah membuka pusat khidmat masyarakat yang mana bertujuan sebagai sumber rujukan dan membantu masyarakat  kampung dalam urusan yang bersangkut paut dengan permasalahan kampung serta urusan-urusan yang melibatkan skim-skim yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Didalam pusat khidmat ini juga telah dijadikan sebagai kelas latihan menjahit ,kraftangan dan sebagainya bagi  membantu ibu-ibu tunggal dan yang berminat untuk mengikuti khusus ini. Pusat khidmat ini di kendalikan oleh biro kebajikan dan biro wanita kg sijangkang yang terletak di Jalan Mawar

Jalan Raya

Kampung Sijangkang mempunyai prasarana jalan yang agak sempurna.80% jalan dikampung Sijangkang adalah jalan yang bertar.Jalan-jalan ini melibatkan jalan utama yang di bawah pengendalian JKR dan sebahagiannya dikendalikan oleh kerajaan negeri.Manakala 20% jalan dikampung ini berstatus jalan ladang iaitu jalan tanah merah.angaran keseluruhan jalan-jalan di kg ini sekitar 40-45 km.

Nama-nama jalan antaranya:-
  1. Jalan Bt 8
  2. Jalan Bt 7
  3. Jalan Sepadan
  4. Jalan Bt 9
  5. Jalan Selasih
  6. Jalan Okid
  7. Jalan Mawar
  8. Jalan Bunga Raya
  9. Jalan Bahagia
  10. Jalan Kenaga
  11. Jalan Cempaka
  12. Jalan Melati
  13. Jalan Bersatu
  14. Jalan Melor
  15. Jalan Pusara
  16. Jalan Tanjong
  17. Jalan Sandora
  18. Jalan Ratapan
  19. Jalan Ubi
  20. Jalan Sentosa
  21. Lorong Hj Husin
  22. Lorong Hj Sarbini
  23. Lorong Kenanga
  24. Lorong Melati Dan Dll.
Comments